Majlis perjumpaan ibu bapa pendidikan khas ini merupakan suatu medium yang dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan pengurusan dan aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) SMK PADUKA TUAN kepada ibu bapa dan penjaga.
Majlis ini telah diadakan pada 8 MAC 2015, bertempat di Bilik Gerakan SMK Paduka Tuan. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Majlis dimulai dengan Pengacara majlis En Soffian mengalu- alukan tetamu dan bacaan doa oleh En Tengku Aswandi.
Terima Kasih kepada En Rubaee bin Mokhtar kerana sudi merasmikan Majlis ini.
Taklimat dan penerangan oleh Tn Hj Anuar Halim bin Ismail tentang maklumat mengenai perjalanan aktiviti, pengurusan dan pelaksanaan bidang akademik, HEM, Ko Kurikulum di sekolah. Selain itu membincangkan sebarang usul dan cadangan berkaitan PPKI SMK paduka Tuan.
Majlis diteruskan lagi dengan Pelantikan Jawatankuasa RPI Online SMK paduka Tuan.
Diakhir majlis ibu bapa akan menandatangani RPI pelajar PPKI SMK PADUKA TUAN. Ini bertujuan mewujudkan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah.
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA....