Setiap tahun terapi seumpama ini akan dilakukan di SMKPT bagi meransang kemahiran bersosial, deria pendengaran dan penglihatan dengan aktiviti pembelian, mendengar arahan dan memahami cerita yang dilihat.
Pada kali ini 30 April 2015, Khamis, kami melakukan aktiviti bersarapan pagi di kedai makan, membeli makanan, dan menonton wayang.
Murid - murid diberi wang, masa untuk makan di kedai bertujuan memberi pengalaman dan meransang kemahiran bersosial dengan masyarakat.
Tajuk cerita pada kali ini Avangers. lihat tu seronoknya Alvin tak sabar nak tengok wayang. Kami sebagai guru dan Ppm melihat anak murid berseronok, gembira dan dapat meluahkan oerasaan terasa amat bahagia kerana itulah salah satu objektif dalam pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah pada kali ini. Terasa berbaloi kepenatan...
Pelbagai Aksi, Aneka ragam
No comments:
Post a Comment