Wednesday, 22 June 2022

 WAJAH BAHARU PPKI SMKPT 2022

PPKI HOLISTIK

Assalammualaikum... hai warga blogger sekalian.. jumpa lagi kita Kali ini . Kali ini setelah sekian lama menyepi.. lembaran baru setelah covid melanda kami bermula dengan bermacam-macam benda dan wajah baharu.. 2 tahun buat persiapan tauuu.... tahniah buat semua guru, PPM dan anak murid yang membantu menCANTIKkan PPKI kita.. jom kami bawa anda menikmati permandangan Wajah baharu PPKI HOLISTIK PPKI SMK PADUKA TUAN.. 

1. LANDMARK ppki.. ha.. kalau korang datang atau lalu ke SMK Paduka Tuan nampak dari jalan tau.. itulah kawasan PPKI kami..

2. Kalau dah masuk je... korang akan jumpa dulu LAMAN HERBA.. mint, bayam brazil, limau kasturi, daun kucai daun bawang dan beberapa lagi tanaman herba..dalam tu juga ada laluan refleksologi, dan laman english garden.. Team Cikgu Najwa mmg terbaiklah korang hasil kolaborasi team pertanian dan team Refleksologi.

laluan refleksologi dan tempat rehat

Tanaman herba dan tapak ABC

ok. yang bawah ni MURAL hasil kolaborasi dengan guru perdana lukisan CIKGU YASSIR. cantik sangat 

ENGLISH GARDEN..👇

 seterusnya JOMMMMMM kita belok ke kanan...  tengok gambar atas tu rumah warna hitam..agak-agak korang rumah apa tu?

3. RUMAH 🍄🍄🍄🍄🍄 YESSS korang.. RUMAH CENDAWAN TIRAM

4. Ikan kekek mak iloi2🐟🐬🐟🐟🐟🐟.. ikan gelama mak ilai2... jom ke KOLAM AQUAFLORA.

Kolam ini menggunakan sistem aquaponik NFT.. itupasallah atas tu ada sayur-sayuran... terima kasih cikgu Shahezwan dan team... 

5. Jika penat berjalan, mari kita ke LAMAN INTEGRASI.. berrefleksologi, sambil berehat di pergola. nyamannya..... pergola tu Team Cikgu ruman yang buat. Laman ni pula ada penunggu dan penjaga dia tau.!!!!!  korang janganlah memain.. 😊😊😊😃😄   terimaKasih Team Mira n PPM ( Ayu, Fuzah dan Pijah)  yang selalu menjaga laman2 ni semua.

6. PENTAS PPKI SMKPT.. disinilah pentas yang menjadi saksi kejayaan MBPK.. 

ok.. korang cantikkan laman PPKI SMKPT ni. eh penatlah nak review.. (angkat bakul sendiri) yelah kan sapelah nak angkat bakul kalau tidak kita yang membuat dan berbangga dengan hasil yang ada.. so bonus untuk korang semua... 1 lagi laman yang gojes . Dulu tempat ni suram je..tapi bila dah buat landskap terus CANTIK>>> memperkenalkan laman ALDINAWARI...

HA... cantik ke CANTIK???😍😍😍😍😍😍💗💖💓  

OKLAH BERSAMBUNG nanti... saya akan membawa semua masuk kedalam kelas2 kami.. bengkel dan spa urutan.. dan Gallery Walk...

jangan lupa sokong channel ppki kami YOUTUBE     ppki SMKPT

YOUTUBE DAN FACEBOOK 

Thursday, 16 June 2016

Friday, 27 November 2015

LAWATAN KE LANGKAWI 19-22 NOVEMBER 2015

19/11/2015-  Kumpulan kami berkumpul dan bertolak ke perlis pada jam 6.00 petang.  Kami sampai di perlis dan berehat di padang besar untuk bersarapan, mandi dan solat. 

20/11/2015- Kami menaiki feri ke Langkawi pada jam 1.30 tengah hari. Pengalaman menaiki feri kali pertama oleh anak murid kami jelas terpancar keterujaan di mimik- mimik muka mereka. Apabila sampai dijeti rombongan kami dibawa ke Kondo Istana untuk berehat setelah penat dalam perjalanan yang memakan masa 12 jam.  Pada sebelah malam kami teruskan aktiviti dengan terapi Visual dan Matematik iaitu aktiviti mengenali Pasaraya Haji Ismail Group. 

 21/11/2015- Pada hari ini selepas bersarapan kami teruskan awatan dengan aktiviti mengenali Alam Sekitar dengan menaiki bot melihat permandangan sekitar di GEOPARK LANGKAWI. Kami dibawa ke Gua Kelawar dan menyelusuri ke dalam gua dan melihat spesis kelawar. Kemudian terus  ke kolam ikan mengenali pelbagai jenis ikan air masin. setelah itu melihat habitat helang yang menjadi kebanggaan Langkawi. 

Trip kami diteruskan lagi dengan melawat tempat pembuatan Gamat.

Aktiviti Mata Pelajaran Sains Alam Sekitar diteruskan lagi dengan menaiki Cable Car melihat panorama sekitar Langkawi. 
Pada jam 4.00  petang kami teruskan perjalanan melawat Makam Mahsuri dan mengenali sejarah peristiwa tersebut. 

Pada jam 5.00. petang aktiviti kami ditamatkan dengan bergambar di DATARAN HELANG. 

Dengan adanya  program lawatan ini diharap ianya dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Paduka Tuan. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman  yang  kemudiannya boleh dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Wednesday, 5 August 2015

Jalinan Kasih 1 Malaysia di Rumah YB AYUB BIN RAHMAT

Program Marhaban kami pada kali ini mendapat penghormatan dan jemputan daripada YB Ayub bin Rahmat untuk beraya dirumahnya pada 6 Ogos 2015 pada jam 9.30 pagi.

Penutup Marhaban kali ini berakhir dirumah YB Ayub Rahmat. Turut sama hadir sekali ilah Pengetua kami MR Balakrishnan a/l Akuputtan Nair, NYDP PIBG En Mohd Nasaruddin merangkap Pengerusi Majlis pemuafakatan Ibu Bapa Pend Khas. Serta En Sim Thian Soon sebagai  NYDP majlis pemuafakatan Ibu Bapa Pend Khas SMKPT. 

Ucapan Selamat Hari Raya daripada YB Ayub. 

 Cenderahati daripada PPKI SMKPT kepada YB Ayub Rahmat. 

Sambutan Hari Lahir bersama YB Ayub dan Pengetua. 

Terima kasih Datin kerana melayan kami sebaik mungkin. 

Kami mengucapkan Ribuan Terima Kasih atas jamuan yang diberikan. 

Bergambar bersama sebelum pulang... 

 siap masuk paper lagi... wah... terima kasih reporter... 
Ribuan Terima Kasih...