19/11/2015- Kumpulan kami berkumpul dan bertolak ke perlis pada jam 6.00 petang. Kami sampai di perlis dan berehat di padang besar untuk bersarapan, mandi dan solat.
20/11/2015- Kami menaiki feri ke Langkawi pada jam 1.30 tengah hari. Pengalaman menaiki feri kali pertama oleh anak murid kami jelas terpancar keterujaan di mimik- mimik muka mereka. Apabila sampai dijeti rombongan kami dibawa ke Kondo Istana untuk berehat setelah penat dalam perjalanan yang memakan masa 12 jam. Pada sebelah malam kami teruskan aktiviti dengan terapi Visual dan Matematik iaitu aktiviti mengenali Pasaraya Haji Ismail Group.
21/11/2015- Pada hari ini selepas bersarapan kami teruskan awatan dengan aktiviti mengenali Alam Sekitar dengan menaiki bot melihat permandangan sekitar di GEOPARK LANGKAWI. Kami dibawa ke Gua Kelawar dan menyelusuri ke dalam gua dan melihat spesis kelawar. Kemudian terus ke kolam ikan mengenali pelbagai jenis ikan air masin. setelah itu melihat habitat helang yang menjadi kebanggaan Langkawi.
Trip kami diteruskan lagi dengan melawat tempat pembuatan Gamat.
Aktiviti Mata Pelajaran Sains Alam Sekitar diteruskan lagi dengan menaiki Cable Car melihat panorama sekitar Langkawi.
Pada jam 4.00 petang kami teruskan perjalanan melawat Makam Mahsuri dan mengenali sejarah peristiwa tersebut.
Pada jam 5.00. petang aktiviti kami ditamatkan dengan bergambar di DATARAN HELANG.
Dengan adanya program lawatan ini diharap ianya dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Paduka Tuan. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.
No comments:
Post a Comment