Saturday, 31 January 2015

KEMAHIRAN MANIPULATIF

KEMAHIRAN MANIPULATIF 


Guru Pembimbing : 
1. YM Mohd Tengku Aswandi bin Tuan Lah
2. Pn Noramali binti Mohamad 

Pada episod kali ini kami akan bercerita tentang kemahiran manipulatif. Mungkin ramai ibu bapa dan individu diluar sana yang tidak faham apakah Kemahiran Manipulatif...

Kemahiran Manipulatif Ialah kemahiran bagi menggerakkan atau melatih motor halus dan kasar bagi murid kurang upaya meransang kemahiran motor tangan dan kaki . 

Dalam aspek Kemahiran Manipulatif atau singkatannya ialah KM ini, guru akan melatih murid melakukan pergerakan asas motor halus dan kasar. ha... macam ahli Terapi rasanya.. :-).. 

Contoh aktiviti yang dijalankan ialah pergerakan tangan, kaki, berjalan, memusing badan, merangkak, duduk, menarik.... dan banyak lagi.. eh.. kenapa macam nak ajar baby je ni?? ha, kalau nak tahu murid pendidikan khas khususnya yang bermasalah cerabral Palsy, Multiple Disorder, sangat-sangat memerlukan pergerakan tadi supaya organ, sentiasa bergerak.. maksudnya tidaklah kaku. Apabila motor kasar dan motor halus sentiasa membuat latihan, barulah ia ada kekuatan untuk melakukan pergerakan motor halus seperti menulis.. 


Salah satu aktiviti menyusun bongkah untuk melatih pergerakan motor tangan dan mata. 


Cikgu Tengku dan PPM Norfara Idayu sedang membantu murid melakukan susunan dengan betul. 


Yang ini namanya Chiu Mei dia sedang menggunakan motor halusnya untuk mencucuk pin berwarna pada papan berlubang.. 


Ini pula Pei Wen Menggunakan motor halus untuk menyusun objek berdasarkan warna yang sama. 

Banyak lagi aktiviti dalam kemahiran Manipulatif yang boleh dilakukan. Asalkan menarik minat murid dan yang penting sekali latihan yang diperolehi.. 

Akhir sekali " Guru Mengajar, Murid Belajar "


PERHIMPUNAN RASMI

Kelas Pendidikan Khas sekolah Paduka Tuan akan berkumpul selepas perhimpunan rasmi perdana setiap hari ahad. Disinilah kami akan beri taklimat, pesanan, Nasihat dan peringatan pada pelajar supaya tidak terkeluar dari landasan sebagai seorang murid. 

Perhimpunan kelas Pendidikan Khas di Sekolah kami ini akan diadakan pada setiap hari Ahad pada waktu perhimpunan.

Maklumlah murid pendidikan khas yg special ni nak kena beri tumpuan yang lebih.. Jika tidak mereka akan cepat lupa.. bukan lupa tetapi tak ingat...  :-) 

Barisan guru yang setia memberikan khidmat Bakti...


Tn Hj Anuar Halim sedang memberikan taklimat dan peringatan kepada murid agar sentiasa berdisplin. 


Khusyuknya mereka....... teruskan memberikan tumpuan..


Barisan PPM yang ceria lagi bersiap sedia untuk berbakti...

sekian sahaja kisah pada entry kali ini... pada entry selanjutnya kami akan paparkan maklumat aktiviti dan MPV yang ada disekolah ini... selamat membaca...

Friday, 30 January 2015

DISEBALIK TABIR...

Penasihat Utama
En Balakrishnan A/L Appukuttan Nair

Peneraju Utama
Tn Hj Anuar Halim Bin Ismail

Ketua Editor
Pn Noramali Binti Mohamad
Pn Norhazlin binti Abu Zarin

Jurukamera
YM Tengku Mohd Aswandi Bin Tuan Lah
Pn Norsahidatul Amira binti Abu Samad
Pn Norfara Idayu binti Ramali
Pn Zarinah binti Masiron


Penulis Skrip
Pn Nik Suffiah Binti Nik Abd Aziz
Pn Siti Zuliha Binti Mustapha
En Mohd Soffian Bin Mol
En Mohd Ruman Bin Mohamad

Animasi dan Susunan
Pn Azee binti Zahri
En Shahezwan bin Kamal
Pn Farizan Binti Ariffin
Pn Nur Aisyah Binti Ahmad Hassan
Cik Ina Syazana

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SMKPT

iTarikh : 31 Januari 2015
Hari    : Sabtu
Masa  : 7:15 hingga 12:00 tengah hari. 


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMKPT  bertemakan " Perpaduan Nadi Transformasi Negara " telah berlangsung dengan jayanya. 

Meriah sungguh murid - murid dengan sepanduk yang di sediakan oleh kelas masing - masing.

Kelas PPKI SMKPT juga mengambil bahagian bagi sambutan Maulidur rasul pada kali ini. 
Inilah sepanduk kelas kami yang diusahakan oleh murid dan dibantu oleh guru. 

 Inilah diantaranya guru lelaki kelas PPKI SMKPT iaitu disebelah kiri Cikgu Ruman berbaju biru, manakala disebelahnya pula yang berbaju biru juga cikgu Suffian. nampaknya cikgu lelaki ni berjanji memakai baju biru agaknya. Sebabnya... cuba tengok baju Cikgu Tengku dibawah ini berbaju biru gelap.. 

ha.... itulah Cikgu  Mohd Tengku Aswandi ataupun murid mesra dengan panggilan cikgu Tengku....


Yang berbaju pink ini pula bukan cikgu... tetapi Muhammad Amirul namanya.. murid pendidikan Khas.. 

sekian sahaja cerita pada kali ini... 






Tuesday, 27 January 2015

WARGA PENDIDIK DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI SMKPT

 KENALI GURU chomel     
 SMK PADUKA TUAN 


CARTA ORGANISASI PPKI SMK PADUKA TUAN

Pengetua
En Balakrishnan A/ L Appukuttan Nair

GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS ( GPK )
Tn Hj Anuar Halim bin Ismail

GURU - GURU
1. En Soffian bin Mol.
2. Pn Farizan binti Ariffin
3. En Mohd Ruman bin Mohamad.
4. En Mohd Tengku Aswandi bin Tuan Lah.
5. En Shahezwan bin Kamal
6. Pn Azee bin Zahri
7. Pn Siti Zuliha binti Mustapha
8. Pn Nik Sufiah binti Nik Abd Aziz
9. Pn Nur Aisyah binti Ahmad Hassan
10. Pn Noramali binti Mohamad

PEMBANTU PENGURUSAN MURID 
( PPM )
1. Pn  Norfara Idayu binti Ramali
2. Pn Norsahidatul Amira binti Abu Samat
3. Pn Zarinah binti Masiron
4.  Pn Norhazlin binti Abu Zarin

Sang teruna di tengah itulah En Gpk kami... 
candit camera by kami yang chomel... 💗💗
gambar entry selanjutnya mengenai cikgu  lelaki yer... 
Terima kasih kerana sudi membaca💗




LEMBARAN BARU 2015



SELAMAT DATANG !!!

kepada murid baru yang mendaftar ke ppki smk paduka tuan.

WAW!!!!  percaya atau tidak??? sekarang anda mempunyai 74 rakan ,  seorang GPK Pend KHAS, 10 orang guru serta  4 orang PPM ... kenali guru anda pada entry selanjutnya... 

BERTUAH sungguh  anda kerana  terpilih menjadi murid di sini KERANA kami guru- guru serta PPM   bakal menyediakan aktiviti yang AMAT MENYERONOKKAN !!