KEMAHIRAN MANIPULATIF
1. YM Mohd Tengku Aswandi bin Tuan Lah
2. Pn Noramali binti Mohamad
Pada episod kali ini kami akan bercerita tentang kemahiran manipulatif. Mungkin ramai ibu bapa dan individu diluar sana yang tidak faham apakah Kemahiran Manipulatif...
Kemahiran Manipulatif Ialah kemahiran bagi menggerakkan atau melatih motor halus dan kasar bagi murid kurang upaya meransang kemahiran motor tangan dan kaki .
Dalam aspek Kemahiran Manipulatif atau singkatannya ialah KM ini, guru akan melatih murid melakukan pergerakan asas motor halus dan kasar. ha... macam ahli Terapi rasanya.. :-)..
Contoh aktiviti yang dijalankan ialah pergerakan tangan, kaki, berjalan, memusing badan, merangkak, duduk, menarik.... dan banyak lagi.. eh.. kenapa macam nak ajar baby je ni?? ha, kalau nak tahu murid pendidikan khas khususnya yang bermasalah cerabral Palsy, Multiple Disorder, sangat-sangat memerlukan pergerakan tadi supaya organ, sentiasa bergerak.. maksudnya tidaklah kaku. Apabila motor kasar dan motor halus sentiasa membuat latihan, barulah ia ada kekuatan untuk melakukan pergerakan motor halus seperti menulis..
Salah satu aktiviti menyusun bongkah untuk melatih pergerakan motor tangan dan mata.
Cikgu Tengku dan PPM Norfara Idayu sedang membantu murid melakukan susunan dengan betul.
Yang ini namanya Chiu Mei dia sedang menggunakan motor halusnya untuk mencucuk pin berwarna pada papan berlubang..
Ini pula Pei Wen Menggunakan motor halus untuk menyusun objek berdasarkan warna yang sama.
Banyak lagi aktiviti dalam kemahiran Manipulatif yang boleh dilakukan. Asalkan menarik minat murid dan yang penting sekali latihan yang diperolehi..
Akhir sekali " Guru Mengajar, Murid Belajar "
No comments:
Post a Comment