Hari : Rabu
Masa : 7:00 am Hingga 10:00 mlm
Objektif : Kemahiran bersosialisasi, Kemahiran berinteraksi, Terapi diri, Terapi alam flora dan fauna dan Belajar Mengenai situasi kehidupan sebenar Dunia.
Aktiviti :
1. Melawat ke Zoo Johor
Objektifnya supaya murid mendapat terapi alam flora dan fauna. Disamping itu dapat mengenali dunia haiwan, habitatnya dan melihat sendiri haiwan yang terdapat di Zoo Johor.
2. Makan Tengahari
Kali ini rezeki murid pendidikan Khas mewah sekali. Apa taknya mereka ditaja disponser makan tengahari daripada Restoran Singgah Selalu JB.
Atas usaha PPM Mira, Cikgu Nik Suffiah dan Pn Farizan, Restoran ini mahu menaja makan tengahari kami... Terima Kasih banyak - Banyak kami ucapkan.
3. Hutan Bandar
menyelusuri keindahan Hutan Bandar Johor Baharu dengan berjalan kaki melihat satu lagi keindahan alam adalah salah satu terapi buat mereka.
4. Pasaraya Angsana
Disini kami makan petang dan membeli sesuatu untuk ibu atau ayah. Murid - murid diberikan wang dan setiap guru akan mengawal perbelanjaan mereka. Kemahiran menggunakan wang dan bersosialisasi di latih untuk mengajar mereka kehidupan yang sebenar.