Tuesday, 12 May 2015

AKTIVITI PDP LUAR BILIK DARJAH ( Menonton Wayang dan Bersosialisasi )

Terima Kasih kepada Guru Sandaran kami cikgu Ili Izzati binti Mohd Yassin daripada Universiti Pendidikan Sultan Idtis yang mengambil Jurusan Pendidikan Khas berbesar hati membuat satu program untuk warga pendidikan khas Smk Paduka Tuan. 

Aktiviti pada kali ini dilakukan bertujuan untuk :
1. memberi KEMAHIRAN Bersosialisasi dengan masyarakat. 
2. Memberi kemahiran menggunakan wang dan menguruskan wang semasa jual beli.
3. Memberi peluang kepada murid dengan menonton wayang serta meransang sensori pendengaran dan penglihatan.

Tarikh : 29 April 2015
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 ptg
Aktiviti:
1. Guru mengajar murid cara membeli sarapan pagi dan adab makan di kedai makan.
2. Murid diajar bersosialisasi dengan masyarakat .
3. Aktiviti membeli tiket wayang dan Popcorn. disini mereka diajar cara mngurus wang dan tempahan makanan.
4. Adab dan tertib yang betul semasa menonton wayang. 







Bagi guru melihat mereka tersenyum ketawa dan gembira adalah satu kepuasan kepada kami. Ini kerana proses emosi dan perasaan juga salah satu aspek pembelajaran bagi mereka...

No comments:

Post a Comment