Sunday, 1 February 2015

MPV PERTANIAN ( Cendawan )



Guru pembimbing : En Soffian bin Mol@ Abd Ghani

Kemahiran hidup pertanian ( cendawan ) ini adalah atas hasil usaha dan idea bernas cikgu Soffian bin Mol. 


Gambar di dalam rumah cendawan yang terletak di sebelah kawasan parkir kereta.

 Meriah sungguh cendawan yang tumbuh. 


Murid sedang menuai hasil cendawan yang telah matang.


 
Cendawan yang telah di tuai.


Murid sedang membungkus cendawan yang bakal di jual. 

 Hasilnya di jual kepada guru - guru sekolah dengan harga RM 2.00. 


 Cikgu Siti Zuliha membeli sepaket RM 2.00 . Macam pisang goreng panas. Bukan sahaja guru pendidikan khas yang membeli. Malah mendapat tempahan daripada guru perdana. Tidak lupa juga kepada pengetua yang selalu menempah.. Laku cendawan ni maklumlah tanpa baja kimia dan ditanam dengan penuh kasih sayang :-))


Jualan di bilik guru.




Jualan di bilik GPK HEM cikgu Rubaiee. 

Tahniah dan Terima Kasih kepada Cikgu Soffian kerana telah berjaya memberi Ilmu kepada anak didiknya sehingga boleh membawa kemahiran ini untuk punca pendapatan pada masa akan datang. Ini terbukti kerana anak didiknya bernama Mohd Hishammuddin telah berjaya membina sebuah rumah cendawan di kampung jawa sebagai sumber pendapatan.. 

" Guru mengajar Murid Belajar "

Terima kasih daripada kami kerana sudi membaca...



1 comment:

  1. Blog yg menarik!!terbaek admin yg selalu update..pasni bley la buat facebook plak..amacam??? :) :) :)

    ReplyDelete