Di sekolah SMKPT terdapat pusat terapi yang dibina dah dihiasi oleh guru - guru Pendidikan Khas SMKPT sendiri iaitu :
1 . Taman Terapi Refleksiologi.
2. Terapi Pasir.
TERAPI PASIR
Kawasan berpasir ini adalah sebesar 1 bay kelas. Kawasan berpasir ini bersebelahan dengan kawasan pertanian PPKI SMKPT.
Tapak tanah yang berpasir ini dibina oleh Guru - guru Pendidikan Khas sendiri. Mereka menaikkan 1 hingga 2 bata tinggi dan penuhkan dengan pasir.
Di tapak berpasir ini kami melakukan aktiviti terapi pasir terutamanya untuk murid kelas PENDIDIKAN KHAS 8 dan 9 pada waktu Kemahiran Manipulatif.
Selain itu, kami juga melakukan aktiviti bermain Petanque pada waktu pendidikan jasmani atau pada waktu Ko Kurikulum.
Semasa terapi Pasir, guru - guru akan menyuruh murid memegang, menyentuh, meramas pasir bagi tujuan menggalakkan pergerakan sensori motor halus.
Lihat gelagat Hafiz Aiman ketika bermain pasir. Macam di Pantai...
Ini pula PPM Zarina mengajak Chiu Mey melakukan aktiviti Terapi pasir kerana terapi ini amat sesuai dengan keperluannya.. chayok2... usaha tangga kejayaan..
Ini pula PPM Mira sedang menggerakkan otot tangan Yang kerana murid kami ini tidak mahu bergerak jika tidak dibantu..
Permainan imaginadi oleh Cheng Poh.. Apalah agaknya yang difikir tu...
TERAPI REFLEKSIOLOGI
Taman Mini Pendidikan inilah taman refleksiologi untuk murid pendidikan Khas. Disini kami akan menyuruh murid memijak batu refleksiologi bagi membantu urat kaki mengalirkan darah dengan betul. Seterusnya untuk salah satu aktiviti kecergasan tubuh badan.
Semasa rakan mereka memijak batu yang lain akan duduk di taman menghirup udara segar.
Ada murid yang boleh melakukan sendiri dan ada yang tidok boleh melakukan sendiri. Jadi sudah menjadi tugas guru akan memimpin mereka. Pada masa ini ialah kelas Kemahiran Manipulatif yang dibimbing oleh cikgu Tengku Aswandi dan Cikgu Noramali.
Sekian sahaja cerita pada kali ini. Terima Kasih kerana sudi membaca.
" Guru Mengajar, Murid Belajar "