GURU PEMBIMBING
1. PN FARIZAN BINTI ARIFFIN
2. PN AZEE BINTI ZAHRI
3. PN NUR AISYAH BINTI AHMAD HASSAN
Inilah hasil kelas masakan kemahiran hidup yang dibimbing oleh
cikgu Farizan, Cikgu Azee dan Cikgu Aisyah. seramai 8 orang murid yang menyertai dan mempelajari kelas masakan ini.
Ini pula PPM Pn Zarina atau panggilan mesranya ibu. Banyak juga ideanya disumbangkan dalam KH masakan. Maklumlah orang berpengalaman. Menu yang terdapat pada gambar sekarang ini ialah donut choclate rice.
Kemahiran hidup Masakan ini telah mencapai kejayaan di peringkat negeri semasa Karnival yang berlangsung di Pusat Rekreasi dan Latihan Tebing Tinggi Johor. Sekolah kami mendapat gelaran Juara dengan Menu cucur udang . Pada masa itu Cikgu Farizan dan PPM Zarinah yang bertanggung jawab mengajar kan melatih Mohd Asnawi dan Mohd Normosed sehingga menjadi JUARA. Tahniah dan syabas!!!!!..
Aik????? kenapa tiba - tiba admin paparkan gambar semasa Perasmian Program PPKI SMKPT??? Sebenarnya kami ingin memperkenalkan pembaca kepada Cikgu Farizan.. Yang berbaju biru gelap bertudung biru gelap itu lah orangnya. Bukan biru cair. Kalau biru cair tu Cikgu Azee ..
Tengok tu rajinnya Cikgu Aisyah mengajar NorAini cara menggoreng donut.
Tadaaa*****! inilah hasilnya.
Apa pulak lah bunting yang admin keluarkan ni.. kalau pembaca nak tahu pada setiap rabu akan ada jualan. KH Masakan kami ada menu wajib yang digilai oleh warga SMKPT. Menunya ialah potato wedges cheese atau kentang goreng cheese.. HAAAAAA ! Bunyi pun dah sedap belum rasanya lagi. lai lai lai... datang, beli dan rasa.
Gambar diatas ini pula mereka tengah buat persiapan untuk menggoreng mee hoon . Menu ini disediakan untuk diberikan kepada murid kami yang kena stay sampai petang sebab heri Kokurikulum. Kan pakai baju Pengakap dalam gambar ni. Ini maksudnya MPV di SMKPT saling melengkapi dan bantu membantu...
Sekian dulu cerita tentang Kh Masakan. Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada pembaca.
" Guru Mengajar, Murid Belajar"
Adiossssss..... :-))
No comments:
Post a Comment