Sunday, 1 February 2015

MPV PENYELENGGARAAN

GURU PEMBIMBING :
1. En Mohd Ruman bin Mohamad.
2. En Shahezwan bin Kamal.


Kemahiran Hidup penyelenggaraan merangkumi kemahiran : 
1. Pendawaian Elektrik
2. Penyelenggaraan Bangunan
3. Saliran dan Paip
4. Pertukangan

Pada tahun ini Cikgu Ruman dan Cikgu Shahezwan diberi Mandat oleh En GPK kami untuk meneruskan misinya dalam aktiviti MPV Penyelenggaraan.



Wah rajinnya Rasyidi dan Anas yang sedang asyik mengikat bata semasa latihan amali ikatan bata. Kalau nak tahu bangunan kuning disebelahnya ialah rumah cendawan..  Manakala ikatan bata ini dibuat di bahagian parkir yang diberikan oleh pihak sekolah untuk digunakan oleh murid pendidikan khas semasa pembelajaran. 


Siapa tu yang sedang asyik menggodak simen?? Itulah Nor Amin murid Pendidikan Khas yang sangat peramah. Datang sekolah salam cikgu balik sekolah pun salam cikgu. Agaknya apa yang Amin sedang lakukan? Buat pengetahuan pembaca Amali ikatan bata ini ditunjuk cara oleh cikgu Ruman dan Wan barulah murid akan meneruskan ikatan bata yang dipantau dan di bantu oleh guru. 




Seramai 7 orang murid yang terlibat dalam Kemahiran Penyelenggaraan ini. 


Gambar diatas pula ialah projek membuat laluan pejalan kaki. Aktiviti ini adalah atas kolaborasi diantara murid Pendidikan Khas, murid Perdana , dan Pelajar Kolej Komuniti Segamat. Cikgu Soffian, Cikgu Ruman dan Cikgu Shahezwan diberi tanggungjawab untuk melatih murid - murid mahir dalam kemahiran ikatan bata.  


Ting !***! Ha dah siap pun pejalan kaki yang dibina.. sudah 5 bulan dimanfaatkan..  Terima Kasih dan tahniah kepada Cikgu serta anak murid yang berbakti. 



Cantik kan Taman Mini PK. Walaupun saiz keluasan tanah yang kecil 
tetapi jika dimanfaatkan ruang yang ada pasti hasilnya Mengancam !!  :-)).

Buat pengetahuan pembaca meja kayu itu di buat oleh Cikgu Ruman bersama anak didiknya. Mesti tidak percaya kan?? sebab jika dilihat sekali imbas ianya seperti ditempah diluar. Ha.....!! jom pakat tempat satu.

Sekian dulu cerita mengenai MPV Penyelenggaraan. Next time Kami update cite tentang projek terkini. Manalah tahu boleh memberikan idea kepada guru diluar sana..



" Guru Mengajar, Murid Belajar "







No comments:

Post a Comment