MPV Jahitan adalah salah satu kemahiran yang terdapat di SMKPT. Jahitan yang diajar ialah Jahitan Asas dahulu kemudian barulah membuat sesuatu Hasil.
Ha .... Sebelum Cikgu Siti hendak mengajar menjahit, murid - mutid akan membuat Folio MPV Jahitan dahulu supaya mereka faham tentang keselamatan dan teori asas jahitan.
Bagi yang baru hendak mula belajar, mereka akan di ajar asas jahitan iaitu Jahitan jelujur halus, kasar, jahitan sembat tepi, jahitan sulang pangkah dan jahitan insang pari.
Bila sudah expert barulah boleh gunakan mesin jahit. Projek Jahitan sekarang ini bagi menghasilkan kain sapu.
Kain sapu ini bolehlah digunakan oleh kelas masakan. Maklumlah kami disini saling melengkapi. Bukan itu sahaja kelas jahitan juga terlibat sama semasa hari keusahawanan . Hasil jahitan yang siap akan dijual pada hari itu. Contohnya Alas meja.
KEMENJADIAN PELAJAR
Mohd Fitri Abdul Hamid ini adalah salah seorang murid kami yang berjaya menjadi seorang tukang jahit. Fitri telah membuka kedai baju di rumahnya dan mendapat tempahan daripada masyarakat. Pendapatannya sebulan mencecah hampir 4 angka.
Dengan pendapatan tetapnya dia mampu membeli kereta. Tahniah dan Syabas kepada Cikgu yang mengajar dan Fitri!!! ( sumber dari Facebook )
Lumayan juga menjahit ni.., $$$$
Sekian dulu cerita mengenai MPV Jahitan..
Terima Kasih kerana membaca.. Wassalam...
" Guru Mengajar, Murid Belajar "
No comments:
Post a Comment