Tuesday, 10 February 2015

PASUKAN ANGKLUNG PPKI SMKPT

Hari ini Admin nak cerita kepada pembaca tentang  pasukan Angklung Pendidikan Khas SMKPT. 


Inilah pasukan angklung yang dikatakan.. terdiri daripada 8 orang pemain utama angklung dan 3 pemain simpanan. Pasukan ini dipimpin oleh Cikgu Azee dan PPM Nor Fara Idayu. Pasukan angklung telah ditubuhkan semenjak 2013. 

Buat pengetahuan pembaca tertubuhnya pasukan ini ada ceritanya tersendiri. 
Bermula dengan episod perpindahan tempat tugasan Cikgu Azee dari Sabah ke Segamat beliau ditempatkan ke Sekolah Smk Paduka Tuan. Cikgu Azee menghadiahkan satu set Angklung yang dibawa dari Sabah ke kelas kami. Pada awalnya Cikgu Azee tiada pengetahuan dan pengalam langsung bermain alat muzik ini. Atas gurauan rakan guru lain agar beliau menubuhkan pasukan Angklung , beliau mengambilnya sebagai cabaran. Cikgu Azee belajar sendiri kaedah dan cara bermain angklung. Wah... Tahniah kepada Cikgu Azee ternyata BERJAYA... 



Inilah dia Cikgu Azee Zahri yang admin katakan.. comel kan.... 


Kumpulan Angklung PPKI SMKPT ini telah menerima jemputan daripada PPD Daerah segamat yang diuruskan oleh En Masnawi, untuk membuat persempahan pembukaan atau persembahan penamat.
Gambar diatas ini semasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum Daerah Segamat. 


Sedang menunggu giliran....


Sesi latihan sebelum persembahan bermula.... steadylahhh.......


Majlis ini telah dihadiri oleh En Balakrishnan A/L Appukuttan Nair Pengetua SMKPT merangkap Pengerusi Panatia Pendidikan Khas Daerah Segamat. 


Pengetua kami telah menerima Anugerah  Tempat ke Dua Kecemerlangan Ko-kurikulum PPKI Daerah Segamat. 

Teruskan perjuangan bagi mencapai kejayaan.. Tahniah buat cikgu Azee dan PPM Norfara Idayu yang telah melatih murid dan memberikan watak kepada PPKI SMKPT sebagai sekolah yang mempunyai pasukan Angklung.

"Guru Mengajar, Murid Belajar"







No comments:

Post a Comment